Monday, November 15, 2010

PROSEDUR MENGASAH MATA ALAT

PROSEDUR MENGASAH MATA ALAT END MILL DENGAN MENGGUNAKAN MESIN PENCANAI MATA ALAT
(MAKINO TOOL AND CUTTER GRINDER)


1. Ikat mata alat

a. Pilih mata alat yang telah tumpul.
b. Letakkan mata alat yang tumpul ditengah-tengah piring cuk.
c. Ikat mata alat dengan kemas/kuat pada tengah piring chuck.
d. ‘Center’ kan mata alat ditengah wheel dengan menggerakkan table ke arah kiri.
e. Kemudian keluarkan semula mata alat daripada wheel dengan tujuan untuk menghidupkan suis bagi menggerakkan wheel



2. Canai sudut primary 8 pada endmill cutter

a) Laraskan pemegang wheel (nat pelaras) dengan sudut 8 dikedua-dua sudut (nat pelaras atas dan bawah) mengikut skala.
b) Pastikan mata alat diikat pada collect chuck dan dilekatkan pada piring cuk di spindle.
c) Pastikan juga mata alat dilaraskan pada kedudukan yang sesuai iaitu ditengah-tengah wheel.
d) Cara untuk melaraskan mata alat ialah:-

24 (gigi piring cuk)/2 (lurah mata alat) = 12 gigi 1 lurah

e) Hidupkan suis pada mesin dan pastikan wheel berpusing.
f) Gerakan mata alat ke arah wheel secara manual.
g) Geraksuap wheel adalah di antara 0.01mm – 0.02mm.
h) Teruskan pergerakan sehingga sudut primary 8 pada mata alat terbentuk.


3. Canai sudut secondary 4 pada endmill cutter

a) Laraskan pemegang wheel (nat pelaras) atas dan bawah dengan sudut 4 dikedua-dua sudut skala.
b) Cara operasinya adalah sama dengan sudut primary.
c) Selepas membuat sudut secondary, pastikan permukaan sudut yang dicanai kelihatan halus dan tidak terbakar.


4. Periksa hasil kerja.

a) Uji sudut 8 dan 4 dengan protactor

No comments:

Post a Comment